Wednesday 22 August 2012

Wedding Planning AQMA from A-Z (PART 1)

Plan... Plan... & Planning!
Starting raya ini aqma dah kene start plan for everything!
Harapnya tak mahu kelam kabut bila tiba harinya nanti...
Tarikh? Ramai sangat yang tanye... Heeeeee... Tapi tak tau lagi bila...
Tak pe kan, kalau nak plan sendiri-sendiri sambil berangan sendiri...
Kerana tak mahu menyusahkan pelbagai pihak....
Awal-awal lagi urusan ini perlu dititik beratkan....
Pesan teman rapat aqma yang telah berkahwin....
"Aqma better beli segala barang seawal yang mungkin... Walaupun masih belum ada sesiapa yang melamar, sebab percayalah bila dah tiba harinya nanti segalanya akan lagi kelam kabut dan mesti punya akan over budget!"
Teeeetttttt... Bila cerita pasal financial, semua bride-to-be surely panic...
Sebab takut terlebih budgetnya... Alahai, kerana itulah perlu menyimpan dari awal...
Persiapan pun perlu dilakukan terlebih awal... Bercinta pandai pulak dari awal... Tapi barang untuk persiapan tak nak pula kumpul dari awal... Haizzzz....

Sayang-sayang sekalian...
Ingatan buat kita semua juga.... Aqma sediakan tips buat anda yang baru mahu memulakan WEDDING PLANNING... Macam aqma walau masih belum ada confirmation daripada mana-mana pihak... Yang bertuahnya, mama aqma juga support dan tegar untuk sama-sama sharing anything dengan aqma dalam proses planning ini! THANKS MUMMY! LOVE U! Lupa pulaks, thanks to blog.weddingstar.com kerana sharing this idea... Aqma garapkan wedding planning A-Z melalui picisan-picisan yang aqma kutip daripada website ini.... Melalui plan A-Z ini aqma mengeluarkan idea anganan aqma sendiri... Kalian yang di luar sana juga boleh mencuba... Percayalah, its interesting!

A - ATTIRE
Ini adalah part yang palingggg hectic, kerana wedding trend berubah-rubah... Yang pastinya aqma dah lama mengumpul segala idea untuk pakaian Tunang, Nikah & Sanding! Heeee.. Yang pastinya bila bertunang, aqma nak main dengan warna yang belum pernah aqma gunakan.. Bila nikah mahu kembali kepada tradisional, normal color Off White... Bila sanding pun insyaALLAH warna Off White... Aqma suka elemen blink-blink, lace-lace, 3D-3D dan flowy-blowy...

Haaa... this one is the best part! Bella Swan Twilight inspired Nikah Dress... Heeee, tapi kalau aqma, dah tentulah tak mahu yang dedah-dedah tu, cumanya aqma suka design belakang dress yang kelihatan sangat mystery & depannya simple and flowy... 
B - BOUQUETS
Kebanyakan pengantin dulu-dulu tidak menitik beratkan bunga tangan yang akan dibawa bersama semasa upacara persandingan... Tapi, ianya seakan menjadi trend masa kini untuk mengambil kira bahagian ini semasa majlis perkahwinan nanti... Aqma dah lama mengumpul idea bouquet tangan impian aqma sendiri... Uniknya ia ada sentuhan fluffy bulu-bulu.. Heeeee~


C - CENTERPIECES
Centerpieces buat meja tetamu adalah identiti wedding anda... Jangan dilupakan ya.. Tak semestinya wedding di hotel sahaja memerlukan centerpiece buat meja tetamu... Di rumah mahupun dewan juga boleh menyediakan centerpiece yang sangat unik buat tatapan tetamu.. Apa lagi, idea DIY sedang menular dikalangan bride-to-be di luar sana... Lakukan persiapan awal ya... 


D - DESSERT
I just love dessert!!! Trend wedding masa kini sudah punyai 'candy buffet' sendiri.. Jadi, searchlah mana-mana perkhidmatan yang menawarkan pelbagai gaya candy buffet mengikut tema perkahwinan anda! Aqma pula, sukakan DIY candy buffet... Kerana, mama aqma juga sangat creative melayan idea dan kehendak aqma... Jadi, tak perlu risau lagi.. Yang pastinya, candy buffet itu nanti akan mengikut warna serta tema majlis aqma...


E - ENTERTAINMENT
The best part yang paling-paling aqma suka... Kalau dulu aqma sukakan dengan paluan kompang, bunyi alunan gamelan serta iringan penari tradisional meliuk lintuk menyusun langkah tari mengikut irama... Tapi, zaman semakin berubah... Kecintaan aqma juga berubah kepada alunan Selawat dan Salam buat Junjungan Rasulullah S.A.W... Serta alunan nyayian Mawlid & Qasidah daripada anak-anak tahfiz... Serious aqma sukakan majlis begini... InsyaALLAH hiburan berbentuk begini akan memenuhi ruangan dewan makan itu nanti...

F - FAVOURS
Cenderahati buat tamu... Tak usah pening-pening... Boleh plan dari sekarang dan boleh beli dari sekarang! Hehehhehee... Aqma sukakan konsep balang-balang kaca... Susah nak handle, tapi ianya berguna buat semua... InsyaALLAH akan chantek dan murah...


G - GUEST BOOK
Penting kerana, dari sini anda boleh menyimpan antara memory majlis perkahwinan anda... Antara konsep dan anganan aqma... Counter guest book ini nanti akan di sekalikan dengan wall of fame atau photo booth... Jadi mungkin traffic akan berkurangan di kaunter ni nanti... Sebab aqma pernah jaga counter guest book di wedding yang lain... Biasanya akan sesak kalau di situ tiada another option to mingle...



H - HUMOR
Dah terlalu hectic memikirkan pelbagai urusan di dalam perkahwinan. Hubungan bersama bakal pasangan juga turut jangan di lupakan... Kalau boleh selitkan kata-kata humor melalui sms/whats apps/bbm buat si dia dikala si dia sedang asyik bekerja... Hehe, merepek pula aqma.. During majlis nanti... Selitkan gelak tawa dan lawak jenaka bersama pasangan agar kalian sentiasa tersenyum dihari bahagia nanti... InsyaALLAH segala kegusaran akan lenyap tatkala melihat pasangan tersayang anda tersenyum kan....? Sekaligus mendamaikan hati... Chill ya...

Tuesday 21 August 2012

DAIS idea & konsep Anganan AQMA

Salam Syawal buat semua...
Kalau post sebelum ini terkeluar tentang idea deko dengan menggunakan DIY kipas... Kali ni aqma teringin nak share dan catat didalam diari ini tentang dekorasi dais/pelamin dengan detailed lagi... Seperti biasa aqma suka kumpul idea melalui gambar-gambar yang boleh dijadikan sumber inspirasi melalui carian google...

Ianya mudah andai kalian telah menetapkan konsep, warna serta tema dekorasi buat majlis anda.. Che wah... Ayat aqma sangat skema malam ni. But its true... Buat bride-to-be... Tolonglah tetapkan konsep wedding u ols... Aqma dah jadi advisor kepada beberapa teman, yang kelakarnya lagi beberapa bulan nak kahwin tapi masih belum menetapkan apa temanya, apa konsepnya, apa door gift yang bersesuaian... Alahai... Sian dekat mak penganting kene pikir semuanya... Ok tanpa membuang masa... Aqma attachkan sekali gambar bagi konsep deko dais buat majlis pertunangan nanti...

1. Decoration dinding dengan framing yang elegant....






2. Konsep dan warna tema yang jelas... HITAM + PUTIH + KUNING

3. Chaise Lounge yang classy... Maybe dalam warna kuning mustard atau mystery black...


4. Yellow pom-pom flower sebagai dekorasi sampingan...


5. Kusyen / Throw Pillow yang memenuhi dais... Love cushion!


6. Wall deco - Kipas pelengkap gaya...
 
Hurmmmm... Lagi, lagi, lagi... Haaaaa... Kalau nak tahu clear picture, jangan give up untuk nantikan entri di kemudian hari... Mungkin aqma akan sketch dais aqma sendiri... Who knows? Ok teman-teman... Nity nite...

Thursday 16 August 2012

Love DIY Dais

Salam Ramadhan buat pembaca-pembaca lelap blog aqma yang aqma kasihi kerana ALLAH...
Usai pulang berbuka puasa dengan 'si dia' hati terus tertaut dan terpaut untuk sharing few ideas yang menujah  ke segenap minda tatkala hati berdebar mengungkap rasa...






ALLAH permudahkan segalanya, Alhamdulillah...
Okeh, tanpa mencongak panjang susun kata bersilang makna, aqma membuka tirai entri kali ini dengan idea DIY Dais yang membuatkan hati aqma tertaut dan terpaut tanpa kata... Ya.. Impian DIY buat majlis sendiri harapnya bisa membangkitkan momen indah dan memori manis berkekalan hingga ke anak cucu...

Oleh kerana adat yang memberi laluan kepada majlis pertunangan sebelum bernikah... Aqma mengambil keputusan untuk melakukan segala persiapan dekorasi pelamin sendiri... Dah tentu pastinya di akhir tahun nanti seluruh wedding & bridal house punyai jadual yang ketat untuk memenuhi tuntutan client yang dah lama menempah mereka... Jadi, apa salahnya kalau aqma sendiri mengambil inisiatif untuk merealisasikan hari permulaan menjadi bride-to-be dengan hasil emas, tangan sendiri.. InsyaALLAH segalanya di tanggung beressss... Saksikan garapan paparan gambaran pelamin yang akan aqma bangunkan nanti di bawah ye... Serius aqma jatuh hati dengan dekorasi yang minima tetapi punyai penekanan yang tersendiri, disamping menjadi daya penarik identiti setiap pengantin...









Tuesday 14 August 2012

Idea riasan wajah menjelang majlis pertunangan...

Khabar gembira menemani hari-hari aqma...
InsyaALLAH bakal aqma war-warkan kepada anda, apabila hampir tiba harinya...
Okey, kembali kepada anganan majlis aqma... Ilham Electric Blue & Yellow is actually from 'him'... Heee... Favorite color seseorang... Yang aqma jadikan sumber inspirasi sejak dulu lagi dalam pemilihan warna bagi majlis yang aqma angankan nanti....

 Dan, yes, untuk engagement... Decorationnya akan lebih kepada konsep yellow mellow.... Dais.... Semuanya aqma nak DIY sendiri... Kerana kalau di office, aqma dah biasa plan event untuk magazine... But untuk hari bersejarah aqma, segalanya dari decoration hinggalah kepada gift buat tetamu sampailah ke dulang hantaran termasuk pelamin-pelamin... Semuanya aqma mahu lakukan sendiri...

Harapnya tak make up sendirilah...
Hhehehe, sebab da boring ngan rupa yang di make up oleh tangan sendiri, harapnya nanti berpeluang mendapat sentuhan emas tangan2 make up artist yang ada di dalam senarai wedding aqma... Hhehehhee.. Owh, terlanjur kita cerita tentang make up artist... Hari ni aqma teringin mahu berkongsi idea, bagaimana rupa dan make up yang aqma rasakan sesuai dan ideal dengan konsep majlis yang aqma idamkan selama ini....

Oleh kerana dah mengenali wajah aqma sendiri... Penggunaan warna-warna natural sukar untuk menaikkan seri muka aqma.. Al maklumlah, saya ni itam orangnye... Hehehhe... Jadi, penggunaan warna-warna hidup yang nampak alive di mata aqma seperti gambar-gambar di bawah punyai tarikan dan keunikannya yang tersendiri... Love all mata make up!








Sunday 12 August 2012

Gift Idea and Solution for your wedding!

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam"

Amiin Ya Rabbal 'Alamiin.....
Syukur Ya Allah dengan segala kurniaan Mu.. Syukur Alhamdulillah segala persoalan yang bermain di minda seakan menemui jawapan... InsyaALLAH, suatu hari nanti aqma akan umumkan jawapan ke atas Istikharah aqma selama ini yang menjadi tanda tanya dan persoalan... Syukur Alhamdulillah...
Setelah sekian lama aqma tidak mencoret sebarang idea di sini...
Selama itu jugalah aqma mendiamkan diri terus terusan mencari jawapan daripada ALLAH S.W.T ke atas persoalan yang bergolak sejak dulu lagi...

Owh paling gembira, walau aqma dah lama tak update segala entri di sini...
Majalah pengantin bulan August 2012 kalau tak silap aqma, sedang memaparkan garapan idea warna warni pelangi idaman aqma... Heeee, THANKS MAJALAH PENGANTIN terbitan Kumpulan Media Karangkraf... At least i have sum reference inside the mags.... Owh to all bride-to-be atau wedding market player yang lainnya, dapatkan majalah PENGANTIN sekarang ya!... Hamboi, special promo japs...

Well people...
Hari ini ada another idea yang aqma mahu kongsikan dengan teman-teman pembaca lelap di luar sana...
Tertarik dengan DIY wedding concept, jadi timbul garapan idea untuk realisasikan impian majlis tunang atau nikah atau sanding dengan konsep ini.. Terus terang aqma katakan, preparation untuk konsep ini silap-silap memakan masa berbulan lamanya... Tapi kalau dah memang minat dan suka, sudah tentu ianya tak tersasa...

Kebetulan aqma memang sedang involve dengan GIFT BUSINESS melalui HAIFAA' MUSLIMAH, jadi aqma tak melepaskan peluang untuk study market trend untuk gift sekarang ni... Owh, untuk bride-to-be dan individu-individu di luar sana, jika anda mahukan sebarang perkhidmatan untuk membuat gift semasa majlis perkahwinan anda, corp gift, majlis hari raya/ rumah terbuka dan lain-lain, HAIFAA' MUSLIMAH adalah solusi majlis anda! Heeeee... Tempahan yang di buat adalah mengikut budget dan permintaan pelanggan... InsyaALLAH, aqma akan berikan good price buat anda ya!

Jom kita tinjau DIY door gift idea untuk majlis anda nanti....