Wednesday 22 August 2012

Wedding Planning AQMA from A-Z (PART 1)

Plan... Plan... & Planning!
Starting raya ini aqma dah kene start plan for everything!
Harapnya tak mahu kelam kabut bila tiba harinya nanti...
Tarikh? Ramai sangat yang tanye... Heeeeee... Tapi tak tau lagi bila...
Tak pe kan, kalau nak plan sendiri-sendiri sambil berangan sendiri...
Kerana tak mahu menyusahkan pelbagai pihak....
Awal-awal lagi urusan ini perlu dititik beratkan....
Pesan teman rapat aqma yang telah berkahwin....
"Aqma better beli segala barang seawal yang mungkin... Walaupun masih belum ada sesiapa yang melamar, sebab percayalah bila dah tiba harinya nanti segalanya akan lagi kelam kabut dan mesti punya akan over budget!"
Teeeetttttt... Bila cerita pasal financial, semua bride-to-be surely panic...
Sebab takut terlebih budgetnya... Alahai, kerana itulah perlu menyimpan dari awal...
Persiapan pun perlu dilakukan terlebih awal... Bercinta pandai pulak dari awal... Tapi barang untuk persiapan tak nak pula kumpul dari awal... Haizzzz....

Sayang-sayang sekalian...
Ingatan buat kita semua juga.... Aqma sediakan tips buat anda yang baru mahu memulakan WEDDING PLANNING... Macam aqma walau masih belum ada confirmation daripada mana-mana pihak... Yang bertuahnya, mama aqma juga support dan tegar untuk sama-sama sharing anything dengan aqma dalam proses planning ini! THANKS MUMMY! LOVE U! Lupa pulaks, thanks to blog.weddingstar.com kerana sharing this idea... Aqma garapkan wedding planning A-Z melalui picisan-picisan yang aqma kutip daripada website ini.... Melalui plan A-Z ini aqma mengeluarkan idea anganan aqma sendiri... Kalian yang di luar sana juga boleh mencuba... Percayalah, its interesting!

A - ATTIRE
Ini adalah part yang palingggg hectic, kerana wedding trend berubah-rubah... Yang pastinya aqma dah lama mengumpul segala idea untuk pakaian Tunang, Nikah & Sanding! Heeee.. Yang pastinya bila bertunang, aqma nak main dengan warna yang belum pernah aqma gunakan.. Bila nikah mahu kembali kepada tradisional, normal color Off White... Bila sanding pun insyaALLAH warna Off White... Aqma suka elemen blink-blink, lace-lace, 3D-3D dan flowy-blowy...

Haaa... this one is the best part! Bella Swan Twilight inspired Nikah Dress... Heeee, tapi kalau aqma, dah tentulah tak mahu yang dedah-dedah tu, cumanya aqma suka design belakang dress yang kelihatan sangat mystery & depannya simple and flowy... 
B - BOUQUETS
Kebanyakan pengantin dulu-dulu tidak menitik beratkan bunga tangan yang akan dibawa bersama semasa upacara persandingan... Tapi, ianya seakan menjadi trend masa kini untuk mengambil kira bahagian ini semasa majlis perkahwinan nanti... Aqma dah lama mengumpul idea bouquet tangan impian aqma sendiri... Uniknya ia ada sentuhan fluffy bulu-bulu.. Heeeee~


C - CENTERPIECES
Centerpieces buat meja tetamu adalah identiti wedding anda... Jangan dilupakan ya.. Tak semestinya wedding di hotel sahaja memerlukan centerpiece buat meja tetamu... Di rumah mahupun dewan juga boleh menyediakan centerpiece yang sangat unik buat tatapan tetamu.. Apa lagi, idea DIY sedang menular dikalangan bride-to-be di luar sana... Lakukan persiapan awal ya... 


D - DESSERT
I just love dessert!!! Trend wedding masa kini sudah punyai 'candy buffet' sendiri.. Jadi, searchlah mana-mana perkhidmatan yang menawarkan pelbagai gaya candy buffet mengikut tema perkahwinan anda! Aqma pula, sukakan DIY candy buffet... Kerana, mama aqma juga sangat creative melayan idea dan kehendak aqma... Jadi, tak perlu risau lagi.. Yang pastinya, candy buffet itu nanti akan mengikut warna serta tema majlis aqma...


E - ENTERTAINMENT
The best part yang paling-paling aqma suka... Kalau dulu aqma sukakan dengan paluan kompang, bunyi alunan gamelan serta iringan penari tradisional meliuk lintuk menyusun langkah tari mengikut irama... Tapi, zaman semakin berubah... Kecintaan aqma juga berubah kepada alunan Selawat dan Salam buat Junjungan Rasulullah S.A.W... Serta alunan nyayian Mawlid & Qasidah daripada anak-anak tahfiz... Serious aqma sukakan majlis begini... InsyaALLAH hiburan berbentuk begini akan memenuhi ruangan dewan makan itu nanti...

F - FAVOURS
Cenderahati buat tamu... Tak usah pening-pening... Boleh plan dari sekarang dan boleh beli dari sekarang! Hehehhehee... Aqma sukakan konsep balang-balang kaca... Susah nak handle, tapi ianya berguna buat semua... InsyaALLAH akan chantek dan murah...


G - GUEST BOOK
Penting kerana, dari sini anda boleh menyimpan antara memory majlis perkahwinan anda... Antara konsep dan anganan aqma... Counter guest book ini nanti akan di sekalikan dengan wall of fame atau photo booth... Jadi mungkin traffic akan berkurangan di kaunter ni nanti... Sebab aqma pernah jaga counter guest book di wedding yang lain... Biasanya akan sesak kalau di situ tiada another option to mingle...



H - HUMOR
Dah terlalu hectic memikirkan pelbagai urusan di dalam perkahwinan. Hubungan bersama bakal pasangan juga turut jangan di lupakan... Kalau boleh selitkan kata-kata humor melalui sms/whats apps/bbm buat si dia dikala si dia sedang asyik bekerja... Hehe, merepek pula aqma.. During majlis nanti... Selitkan gelak tawa dan lawak jenaka bersama pasangan agar kalian sentiasa tersenyum dihari bahagia nanti... InsyaALLAH segala kegusaran akan lenyap tatkala melihat pasangan tersayang anda tersenyum kan....? Sekaligus mendamaikan hati... Chill ya...

No comments:

Post a Comment