Friday 29 June 2012

RAINBOW color makes my day Weeee Weeee~


Hello people...
Hampa kerana warna idaman untuk wedding tahun lepas (Electric Blue & Emerald Green) telah di gunakan tahun ini oleh celebrity dan few kawan-kawan yang lain...... Aqma kembali searching and haunting new ideas and wedding trend yang bisa capture my attention... Finally i found this!!!! Owh my my....

Serius aqma jatuh cinta bila tengok gambar ini...
Sangat touched! I wish i can gather my brides maid seramai ini untuk memastikan mereka memakai warna rainbow sorang satu.... Owh indahnya... Hahahaha, berangan je aqma ni.. Sebab tak ada bf lah aqma maseh berangan hingga kini...

Well people...
Aqma attached few pictures buat tontonan semua... This is my dream wedding concept for now... Heeeeeeee~ Rasanya kat Malaysia masih belum ada orang yang buat kot.... Hopefully....







I'm happy for them....

Tuesday 19 June 2012

A cake story....







Pictures tells everything kan...
Maybe inilah my private engagement cake will look a like....

Lovely CANDY BUFFET

Boleh tak kalau aqma berangan nak buat candy buffet sendiri during private engagement ceremony nanti? Hehhehehe, well people... Dah tentu lah kalau majlis sendiri, suka hati aqma boleh buat apa sahaja kan... Ini one of it.... Berangan nak buat CANDY BUFFET sendiri..... Sweet...









Sweet kan decorationnye... Alahai.. Hopefully ianya boleh jadi kenyataan.... Aamiin...

Monday 18 June 2012

Deco.. Deco.. Deco...

Bila dah temanya warna yellow mellow..
Anganan tentang dekorasi sudah tentunya bermain di minda... Nak tengok reference atau contoh deko meja makan di bawah khemah yang aqma kumpulkan?







SWEET kan? InsyaALLAH akan begini rupanya nanti... Tapi actually, i have my own ideas.... Sabarrrr... Nanti aqma sketch ya... Tapi mungkin itu akan tiba menjelang hari tersebut.... Hehhehe, entah bile agaknye kan?

YELLOW Mellow Ideas...

Hi si cantik juga pembaca lelap sekalian...
Entri kali ini, aqma mahu share matching color ideas, yang sesuai dengan konsep pilihan hati... Jangan jealous u ols... Hehehhe....









See... What suits royal blue? Most of the colors YELLOW kan.... Hehehhe, yeay! Sebab tu aqma pilih warna ini... Walau pun ini bukan favourite color, tapi ia cukup nak menggambarkan majlis tu bakal HIDUP dengan sendirinya....
LOVING IT!

Bila berangan terlalu jauh...


Salah ke kalau masih belum ada tanda-tanda mahu berkahwin tapi aqma dah berangan mahu kahwin?
Salah kah kalau maseh belum ada yang menyunting, aqma beli siap-siap kelengkapan untuk majlis bersejarah aqma nanti?
Salah kah aqma, kalau maseh belum ada yang 'propose' tapi aqma dah beli barang dalam dulang sendiri?

Heheheheeeeeeeeeeeee... Itulah realitinya, sebab orang kata, majlis kahwin ni banyak belanjanye.. Sebab tu aqma beli siket-siket dari sekarang walau entah siapa pun bakal suami Aqma... Alahai, tak de apa pun yang perlu di sedihkan... Kan ALLAH sedang persiapkan pemilik tulang rusuk aqma supaya melengkapkan diri dengan ilmu sebelum berniat menjadikan aqma suru di hatinya... Insyaallah...

Kerana hati percaya dan kental, aqma shopping mcm org sibuk nak kahwin... Kikiki.. Jangan marah ols... Segalanya telah diberangankan sejak akhir semester aqma buat degree dulu.. Hahhaha, yang kelakarnya, kawan-kawan yang tak pernah berangan nak kawen dah punya suami dan anak berderetttt... Aqma yang berangan dari awal... Maseh tak jumpa-jumpa... Hahahaa, kelakar... Tapi itulah lumrah... Kita manusia hanya mampu merancang, tapi ALLAH yang menentukan segalanya...

Tenang-tenang..
Sampaikan ada teman-teman yang singgah kerumah berlibur di bilik aqma, hampir sebak melihatkan aqma dan barang-barang yang menimbun di bilik... Tapi aqma maseh cool... Relax ya preety2 sekalian, berkat doa kalian dan juga mama papa aqma, InsyaALLAH segalanya bakal di permudahkan...

Actually hari ni, aqma nak share... Anganan 'Royal Engagement' aqma nanti...
Mungkin u ols dah baca entri sebelum ni tentang konsep dan sebagainya.. Ilham hadir setahun yang lepas... Semasa baju ni di persembahkan di hadapan mata Aqma, MasyaALLAH... Sangat chantek... Terus tutup mata dan grab je baju dari DUBAI ni... Tak kisah dah harga nye berapa... Tapi u ols boleh lihat menerusi link JUBAH DUBAI SOUQ serious benar-benar buat hati aqma tertawan... Kebetulan ownernye berkawan rapat dengan kawan rapat aqma... Heee, syukur dapat best price! Tapi until now maseh tergantung tak di gunakan... Sabar yaaaa...

Di kala aqma memilih warna royal blue sebagai pakaian untuk majlis pertunangan tu (konon-kononnya), masih belum trend lagi dan warna tu masih belum mendapat tempat di hati pengantin2 di luar sana.. Tapi aqma dah pilih setahun yang lepas untuk aqma gunakan sebagai baju untuk majlis pertunangan... Alahai, dah tak surprise dah... Tapi demi pembaca lelap dan bakal reference buat teman2 dan anak2 in future... Aqma mahu berkongsi perasaan yang sangat excited ni di dalam wedding diaries aqma...

Jadi, bila memikirkan majlis dengan baju royal blue tu, dah tentu lah agak buntu untuk mencari warna padanan yang indah untuk di pandang... Jadi, survey punya survey, yes!!! Warna Yellow adalah pilihan yang paling tepat! Dari situlah terciptanye idea Yellow Mellow tuh...

Jadi, decoration dan concept akan sepenuhnya di penuhi dengan serakan warna-warna kuning + hitam + kelabu + putih.... InsyaALLAH chantekkkkk! Hehehehee... Kuat berangan kan...

Till then....



Sunday 17 June 2012

Pesan PARENT buat si ANAK


Terharu dengan pesanan ini...

Kata ayah kepada anak perempuannya :

“lelaki itu bukan untuk dibanding-bandingkan ketampanan wajah dan dimainkan hatinya…sebaliknya untuk memimpin iman dan taqwamu.”

Kata ibu kepada anak lelakinya :

“perempuan itu bukan untuk direbutkan cintanya dan dimegah-megahkan kecantikannya…sebaliknya untuk kamu melindungi kehormatan mereka.”

Saturday 9 June 2012

MELLOW IDEAS FOR PRIVATE ENGAGEMENT


Hi! pembaca lelap...
Entri kali ni sudah tentu sedikit sharing tentang my private engagement nanti.... Huhuhuuu...

PRIVATE ENGAGEMENT CEREMONY
THEME: Royal Mellow Engagement
CONCEPT: Glam + Modern + Simple + Fabulous
COLOR: Yellow Mellow inspired
DECO: Yellow & A Touch of Black + Tissue flower + Damask 
HANTARAN: 
* Off White with a touch of Royal Blue (buat pihak laki-laki)
* Off White with a touch of Royal Yellow (buat pihak perempuan)

DIY by Me (NurulAqmarLaili)
Idea & concept by NurulAqmarLaili

Kenapa pilih kuning?
Kerana nampak bold... Maseh tak ada orang yang guna warna itu untuk majlis di malaysia kot.. Jadi sengaja aqma pilih warna yang mcm itu untuk bereksperimen buat majlis private itu nanti! Che wah... Belum ada bf tapi dah berangan jauh... Tapi tak salah kan....






ANGANAN YANG PANJANG


19 Rejab 1433H

Tiap individu punyai cerita , minat dan inspirasi masing-masing dalam mengimpikan majlis perkahwinan yang bisa mencatat sejarah paling bermakna dalam hidup masing-masing. Well people, aqma juga punyai cerita, impian dan anganan dalam merealisasikan majlis aqma nanti...

Yang peliknya, minat itu dengan sendirinya akan berubah mengikut keadaan semasa dan peningkatan umur... FYI, dari dulu lagi aqma dah mengumpul segala idea untuk merealisasikan hari impian tiap wanita itu... Bila buka kembali file folder wedding lama-lama dulu... Tak sangka banyak juga idea yang best-best telah aqma kumpul. Tapi masih belum dapat di realisasikan hingga kini... Yang peliknya sejak usia telah menginjak dewasa... Idea dan minat kepada impian yang lalu berubah dikit demi dikit... Tapi hopefully ianya masih mengekalkan identiti aqma.

Impian dari dulu, aqma cuba untuk lakukan semua item untuk wedding by my self... Segalanya mahu DIY sendiri.. Sebab jika wedding orang lain kita boleh buatkan, kenapa wedding sendiri kita tak mahu developed sendiri kan? Hehehhee... Ya, penat siket tapi PUAS! Ops! Tapi kalau make up kahwin of course aqma akan hired make up artist lain... Nak make up sendiri, nanti muka sama je mcm pg opis... Huhuhuhuuu....

Dalam wedding... Sebelum kita akan pergi lagi further, aqma suka untuk share tema, concept dan color theme untuk wedding... Kalau zaman dulu-dulu aqma suka sangat warna Fuchsia & Black as my wedding color theme... Tapi bila peredaran zaman berlaku... Perubahan umur juga memberi perubahan yang besar dalam memilih tema... Kini.... Aqma mahukan segalanya Off White... Simple... Yet Fabulous... Hehehe, overkan, tapi itulah realitinya...

AKAD, ADAT & AGAMA...
Perkahwinan aqma nanti of course akan mendahulukan AGAMA sebelum ADAT.. Tapi mengikut budi bicara kedua orang tua sudah tentu mereka mahu mengikut tiap lapisan adat berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah...

Jadi, sebelum bernikah akan ada perjumpaan tunang & merisik....
Angan-angan aqma bagi konsep majlis itu nanti adalah....
Heeeeeeeeeeeee SURPRISE!!!!
(Hey aqma, baik tak payah wujudkan wedding diary nih.. Apelah!)
Hahaha.. ok..ok...ok... Sudah tentu temanye telah ada di kepala... Tenang pembaca-pembaca lelap.... Aqma akan postkan di entri seterusnya!!!

Engagement HINT!: Yellow Mellow!

Sunday 3 June 2012

I LOVE WEDDING


Kawinlah dengan wanita yang mencintaimu dan yang mampu beranak. Sesungguhnya aku akan membanggakan kamu sebagai umat yang terbanyak. (HR. Abu Dawud) 

Wahai segenap pemuda, barangsiapa yang mampu memikul beban keluarga hendaklah kawin. Sesungguhnya perkahwinan itu lebih dapat meredam gejolak mata dan nafsu seksual, tapi barangsiapa yang belum mampu hendaklah dia berpuasa kerana (puasa itu) benteng (penjagaan) baginya. (HR. Bukhari) 

Sesiapa kahwin (beristeri) maka dia telah melindungi (menguasai) separuh agamanya, kerana itu hendaklah dia bertakwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi. (HR. Al Hakim dan Ath-Thahawi) 

Barangsiapa mengahwini seorang wanita kerana memandang kedudukannya maka Allah akan menambah baginya kerendahan, dan sesiapa mengahwini wanita kerana memandang harta-bendanya maka Allah akan menambah baginya kemelaratan, dan sesiapa berkahwin kerana memandang keturunannya maka Allah akan menambah baginya kehinaan, tetapi barangsiapa mengahwini seorang wanita kerana bermaksud ingin meredam gejolak mata dan menjaga kesucian seksualnya atau ingin mendekatkan ikatan kekeluargaan, maka Allah akan memberkahinya bagi isterinya dan memberkati isterinya baginya. (HR. Bukhari) 

Allah 'Azza wajalla berfirman (dalam hadis Qudsi): "Apabila Aku menginginkan untuk menggabungkan kebaikan dunia dan akhirat bagi seorang muslim maka Aku jadikan hatinya khusyuk dan lidahnya banyak berzikir. Tubuhnya sabar dalam menghadapi penderitaan dan Aku jodohkan dia dengan seorang isteri mukminah yang menyenangkannya bila ia memandangnya, dapat menjaga kehormatan dirinya, dan memelihara harta suaminya bila suaminya sedang tidak bersamanya. (HR. Ath-Thahawi)

Salam bersambut kasih bertaut, 
Buat seluruh pembaca lelap yang tak sudah menyingkap juga mengungkap pelbagai cerita, reka cerita dan idea dalam blog-blog wedding yang lainnya... Mengapa wedding diaries ni aqma wujudkan? I LOVE WEDDING & KERJA-KERJA KAHWIN! Kalau dari kecil lagi dah duduk sebelah mama bertengek memintal bunga telur, hinggalah ke usia sekolah rendah dah sama-sama memandai bangunkan pelamin buat wedding uncle dan aunty... Sampailah kini masih ringan tangan untuk mengambil tempahan membuat dulang-dulang hantaran, make-up, sempat lagi grab job-job emcee wedding dan seterusnya organize band untuk wedding... Haih, pendek kata, jiwa dari lahir dah terlalu dekat dengan kerja-kerja kahwin... Owh sebelum terlupa, Aqma sempat juga menulis beberapa Wedding Column dalam NONA Magazine 2010! Serta shooting Step by Step membuat bunga telur di dalam Bumper Wedding NONA 2010...

Trust me, when it comes to WEDDING... Ianya sangat seronok! Yang kelakarnya, walau tak abis sekolah lagi pun dah mengumpul magazine PENGANTIN, RATU SEHARI, BRIDAL GUIDES dan macam-macam lagi... Alahai... Jangan salah paham, bukan excited mahu kahwin dari sekolah (walhal memang tak sabar nak kawen pun) hahahaa! Tapi, suka sangat mengikuti perkembangan wedding trend dari semasa ke semasa...

Well people, 
Aqma developed this wedding diaries is just for my wedding reference in the future... Terlalu banyak input yang boleh di sharing mahupun dipaparkan melalui entri-entri akan datang yang insyaallah berguna buat reference diri dan pembaca lelap sekalian...

Doakan yang terbaik buat aqma walau maseh belum ada siapa-siapa mahu mengusik hati merisik diri. Insyaallah ALLAH sedang mempersiapkan jodoh yang terbaik buat Aqma... Amin...

Till then...
Jazakallahu Khairan Khatira...