Sunday 3 June 2012

I LOVE WEDDING


Kawinlah dengan wanita yang mencintaimu dan yang mampu beranak. Sesungguhnya aku akan membanggakan kamu sebagai umat yang terbanyak. (HR. Abu Dawud) 

Wahai segenap pemuda, barangsiapa yang mampu memikul beban keluarga hendaklah kawin. Sesungguhnya perkahwinan itu lebih dapat meredam gejolak mata dan nafsu seksual, tapi barangsiapa yang belum mampu hendaklah dia berpuasa kerana (puasa itu) benteng (penjagaan) baginya. (HR. Bukhari) 

Sesiapa kahwin (beristeri) maka dia telah melindungi (menguasai) separuh agamanya, kerana itu hendaklah dia bertakwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi. (HR. Al Hakim dan Ath-Thahawi) 

Barangsiapa mengahwini seorang wanita kerana memandang kedudukannya maka Allah akan menambah baginya kerendahan, dan sesiapa mengahwini wanita kerana memandang harta-bendanya maka Allah akan menambah baginya kemelaratan, dan sesiapa berkahwin kerana memandang keturunannya maka Allah akan menambah baginya kehinaan, tetapi barangsiapa mengahwini seorang wanita kerana bermaksud ingin meredam gejolak mata dan menjaga kesucian seksualnya atau ingin mendekatkan ikatan kekeluargaan, maka Allah akan memberkahinya bagi isterinya dan memberkati isterinya baginya. (HR. Bukhari) 

Allah 'Azza wajalla berfirman (dalam hadis Qudsi): "Apabila Aku menginginkan untuk menggabungkan kebaikan dunia dan akhirat bagi seorang muslim maka Aku jadikan hatinya khusyuk dan lidahnya banyak berzikir. Tubuhnya sabar dalam menghadapi penderitaan dan Aku jodohkan dia dengan seorang isteri mukminah yang menyenangkannya bila ia memandangnya, dapat menjaga kehormatan dirinya, dan memelihara harta suaminya bila suaminya sedang tidak bersamanya. (HR. Ath-Thahawi)

Salam bersambut kasih bertaut, 
Buat seluruh pembaca lelap yang tak sudah menyingkap juga mengungkap pelbagai cerita, reka cerita dan idea dalam blog-blog wedding yang lainnya... Mengapa wedding diaries ni aqma wujudkan? I LOVE WEDDING & KERJA-KERJA KAHWIN! Kalau dari kecil lagi dah duduk sebelah mama bertengek memintal bunga telur, hinggalah ke usia sekolah rendah dah sama-sama memandai bangunkan pelamin buat wedding uncle dan aunty... Sampailah kini masih ringan tangan untuk mengambil tempahan membuat dulang-dulang hantaran, make-up, sempat lagi grab job-job emcee wedding dan seterusnya organize band untuk wedding... Haih, pendek kata, jiwa dari lahir dah terlalu dekat dengan kerja-kerja kahwin... Owh sebelum terlupa, Aqma sempat juga menulis beberapa Wedding Column dalam NONA Magazine 2010! Serta shooting Step by Step membuat bunga telur di dalam Bumper Wedding NONA 2010...

Trust me, when it comes to WEDDING... Ianya sangat seronok! Yang kelakarnya, walau tak abis sekolah lagi pun dah mengumpul magazine PENGANTIN, RATU SEHARI, BRIDAL GUIDES dan macam-macam lagi... Alahai... Jangan salah paham, bukan excited mahu kahwin dari sekolah (walhal memang tak sabar nak kawen pun) hahahaa! Tapi, suka sangat mengikuti perkembangan wedding trend dari semasa ke semasa...

Well people, 
Aqma developed this wedding diaries is just for my wedding reference in the future... Terlalu banyak input yang boleh di sharing mahupun dipaparkan melalui entri-entri akan datang yang insyaallah berguna buat reference diri dan pembaca lelap sekalian...

Doakan yang terbaik buat aqma walau maseh belum ada siapa-siapa mahu mengusik hati merisik diri. Insyaallah ALLAH sedang mempersiapkan jodoh yang terbaik buat Aqma... Amin...

Till then...
Jazakallahu Khairan Khatira...

No comments:

Post a Comment